Selamat Datang Ke Web Khazimi

Rahsia Anda

BERDASARKAN KAJIAN 25 TAHUN DATO DR. FADZILAH KAMSAH

 

 

 

JANUARI

 -          Bercita-cita tinggi dan orangnya serius

-          Suka mendidik dan dididik

-          Sangat mudah melihat kelemahan orang dan mudah mengkritik

-          Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan dan hasil

-          Suka smart, kemas dan teratur

-          Bersikap tenang dan sensitif

-          Berfikiran yang mendalam

-          Pandai mengambil hati orang lain

-          Pendiam kecuali selepas diransang

-          Agak pemalu

-          Daya tumpuan yang sangat tinggi

-          Mudah mendisiplin diri sendiri

-          Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema

-          Bersikap romantik tapi tidak pandai mempamerkannya

-          Cukup sayang pada kanak-kanak

-          Suka duduk dirumah

-          Setia pada segala-galanya

-          Perlu belajar kemahiran sosial

-          Sikap cemburu yang sangat tinggi.

 

 FEBRUARI

 -          Berfikiran warak

-          Sukakan benda yang realiti dan abstrak

-          Intelligent ,bijak dan genius

-          Berpesonaliti yang mudah berubah

-          Mudah menawan orang lain

-          Agak pendiam,pemalu dan rendah diri

-          Jujur dan setia pada segalanya

-          Keras hati untuk mencapai matlamat

-          Tidak suka dikongkong

-          Mudah memberontak  apbila dikongkong

-          Suka kegiatan lasak (Kerja luar)

-          Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif

-          Mudah mempamerkan marahnya (emosinya)

-          Tidak suka benda yang remeh-temeh(banyak guna otak kanan)

-          Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya

-          Sangat berani dan mudah memberontak

-          Bercita-cita tinggi dan suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya

-          Pemerhatian yang tajam

-          Suka hiburan dan sukan

-          Suka benda yang bersifat seni (hindustan)

-          Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran

-          Kecenderungan pada benda yang tahyul

-          Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros

-          Belajar untuk mempamerkan emosinya

 

 MAC

 -          Berpesonaliti yang menarik dan menawan

-          Mudah didampingi

-          Sangat pemalu dan pemendam rasa

-          Sangat baik secara semulajadi(jujur,pemurah dan mudah simpati)

-          Sangat sensitif kepada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran

-          Suka pada kedamaian

-          Sangat peka kepada orang lain

-          Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain

-          Tidak cepat marah dan sangat amanah

-          Tahu balas dan kenang budi

-          Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam

-          Bijak dan daya ingatan yang sangat tajam

-          Kecenderungan untuk berdendam kalau tidak dikawal

-          Suka berangan-angan

-          Suka melancong

-          Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi

-          Kelam-kabut dalam memilih pasangan

-          Suka dengan hiasan rumah tangga

-          Punyai bakat seni dalam bidang muzik.

-          Kecenderungan kepada benda yang baik(istimewa)

-          Tidak terlalu moody

 

 APRIL

 -          Sangat aktif dan dinamik

-          Cepat bertindak,buat keputusan tetapi cepat menyesal

-          Sangat menarik dan pandai memanjakan diri

-          Punya daya mental yang sangat kuat

-          Suka diberi perhatian (diberi pujian)

-          Sangat diplomatik, pandai memujuk, berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang lain.

-          Suka adventure

-          Pengasih,penyayang,sopan-santun dan pemurah

-          Emosi cepat terusik

-          Kecenderungan bersifat dendam

-          Agresif,kelam kabut(Buat kerja pantas)

-          Kelam-kabut dalam membuat keputusan

-          Kuat daya ingatan

-          Instint power, gerak hati yang sangat kuat

-          Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain

-          Berpenyakit disekitar kepada dan dada

-          Mudah dan terlalu cemburu

 

 MEI

 -      Keras hati dan degil

-          Semangat dan bermotivasi tinggi

-          Pandai menarik hati orang lain dan menarik perhatian

-          Berfikiran tajam

-          Mudah marah apabila tidak dikawal

-          Perasaan yang amat mendalam

-          Cantik dari segi fizikal dan mental

-          Tidak perlu dimotivasikan

-          Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain

-          Mudah dipujuk

-          Bersikap sistematik (otak kiri)

-          Suka berangan

-          Kuat daya firasat(memahami apa yang terlintas dihati orang lain tanpa diberitahu)

-          Bahagian telinga dan leher mudah diserang penyakit

-          Daya khayalan yang tinggi

-          Berfikiran tajam

-          Pandai berdebat

-          Bentuk fizikal yang baik dan menarik

-          Kelemahan sistem pernafasan

-          Suka sastera, seni dan muzik serta melancong

-          Tidak berapa suka duduk dirumah

-          Tak mempunyai ramai anak

-          Tak boleh duduk diam

-          Rajin dan bersemangat tinggi

-          Agak boros

 

JUN

 -          Berfikiran jauh dan berwawasan (intelektual)

-          Mudah tertawan kerana sikap baik

-          Berperangai yang lemah lembut

-          Mudah berubah sikap, perangai, idea atau mood

-          Idea yang terlalu banyak didalam kepala

-          Bersikap sensitif

-          Otaknya aktif (sentiasa berfikir)

-          Sukar melakukan sesuatu dengan segera

-          Bersikap suka menagguh-nangguh

-          Bersikap terlalu memilih dan mahukan yang terbaik

-          Cepat marah tapi cepat sejuk

-          Suka bercakap dan berdebat

-          Suka buat lawak dan bergurau

-          Otaknya cerdas dan berangan-angan

-          Mudah dan pandai berkawan

-          Orangnya sangat tertib

-          Pandai mempamerkan sikap

-          Mudah kecil hati

-          Mudah kena selsema

-          Suka berkemas

-          Cepat rasa bosan

-          Bersikap terlalu memilih dan cerewet

-          Kurang mempamerkan perasaan

-          Lambat nak sembuh apabila hatinya terluka

-          Suka barangan berjenama

-          Kedegilan yang tidak terkawal

 

JULAI

 -          sangat seronok didampingi

-          banyak berahsia dan sukar dimengerti (lelaki terutamanya)

-          agak pendiam kecuali dirangsang

-          ada harga dan maruah diri

-          tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan

-          mudah dipujuk dan bercakap lurus

-          sangat menjaga hati orang lain

-          sangat peramah

-          emosi sangat mendalam tetapi  mudah terluka hatinya

-          berjiwa sentimental

-          jarang berdendam

-          mudah memaafkan tetapi sukar melupakan

-          tidak suka benda yang remeh temeh

-          sangat peka, caring, mengasihi sayang

-          membimbing cara fizikal dan mental

-          layanan yang serupa dengan semua orang

-          tinggi daya simpati

-          pemerhatian yang sangat tajam

-          suka menilai orang lain dengan pemerhatiannya

-          mudah dan rajin belajar

-          suka muhasabah diri

-          suka mengenang peristiwa lama atau kawan lama

-          sensitif tapi lambat untuk pulih

-          suka mendiamkan diri

-          suka tunggu kawan tapi tak cari kawan

-          tak agresif, kecuali terpaksa

-          lemah dari segi kesihatan perut

-          mudah terkena kanser payudara

-          mudah gemuk kalau tak kawal diet

-          suka duduk di rumah

-          terlalu mengambil berat

-          rajin dalam membuat kerja

 

 OGOS

 -          suka berlawak

-          orang yang mudah tertawan kepadanya

-          sopan santun dan caring terhadap orang lain

-          berani dan tidak tahu takut

-          orangnya agak tegas dan bersikap kepimpinan

-          pandai pujuk orang lain

-          terlalu pemurah, tetapi bersikap ego

-          nilai harga diri yang sangat tinggi

-          dahagakan pujian-pujian

-          cepat marah dan mudah mengamuk

-          mudah marah apabila cakapnya dilawan

-          mudah kasihan pada orang lain

-          cepat cemburu

-          daya pemerhatiannya tajam dan teliti

-          fikiran yang mudah berdikari

-          suka memimpin dan dipimpin

-          sifat suka berangan-angan, berbakat dalam bakat senilukis, hiburan dan silat

-          cepat sembuh bila ditimpa penyakit

-          belajar untuk relaks

-          ada sikap kelam kabut juga

-          romantik, pengasih dan penyayang

-          suka mencari kawan

-          cepat berfikir dan teliti

 

 SEPTEMBER

 -          sangat bersopan santun

-          mudah bertolak ansur

-          sangat cermat teliti dan teratur

-          suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik

-          pendiam tapi pandai bercakap

-          sikapnya sangat cool

-          sangat baik dan mudah simpati

-          sangat prihatin dan berperinci

-          amanah, setia dan jujur

-          kerja yang dilakukan sangat sempurna

-          sangat sensitif yang tidak diketahui

-          orangnya banyak berfikir tapi pendiam

-          daya pentaakulan yang baik

-          otak bijak dan mudah belajar

-          suka mencari maklumat

-          kawal diri dari terlalu mengkritik

-          pandai mendorong diri sendiri

-          mudah memahami orang lain (daya firasat yang tinggi)

-          simpan rahsia

-          suka sukan, hiburan dan melancung

-          kurang menunjukkan perasaannya

-          terluka hatinya sangat lama disimpan

-          terlalu memilih pasangan

-          sukakan benda yang luas

-          kerja bersistematik

 

OKTOBER

 -          cukup seimbang

-          suka kepada orang yang sayang padanya

-          suka ambil jalan tengah

-          sangat menawan dan sopan santun

-          kecantikan luar dan dalam

-          tidak pandai berbohong dan berpura-pura

-          mudah rasa simpati, baik dan pentingkan kawan

-          sentiasa suka berkawan

-          hatinya mudah terusik, tapi merajuknya tidak lama

-          ada kala cepat marah

-          macam mementingkan diri sendiri

-          tidak menolong orang kecuali diminta

-          suka melihat dari perspektifnya sendiri

-          tak suka terima pandangan orang lain

-          emosi yang mudah terusik

-          suka berangan-angan dan pandai bercakap

-          emosi yang kelam kabut

-          daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan)

-          suka melancong, bidang sastera dan seni

-          pengasih, penyayang dan lemah lembut

-          romantik dalam percintaan

-          mudah terusik hati dan cemburu

-          ambil berat tentang orang lain

-          suka kegiatan luar

-          sukakan keadilan

-          boros dan mudah dipengaruhi persekitaran

-          ada kalanya mudah patah semangat

 

 NOVEMBER

 -          banyak idea dalam kepala

-          sukar untuk dimengerti atau difahami sikapnya

-          berfikiran terkehadapan

-          berfikiran unik dan bijak

-          penuh dengan idea-idea baru dan luar biasa

-          pemikiran yang tajam

-          daya firasat yang sangat halus dan tinggi

-          bagus untuk jadi doktor dan kerjaya yang hampir menyamai

-          cermat dan teliti

-          dorongan seks yang agak tinggi

-          personaliti yang dinamik

-          sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia

-          banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra

-          berani, pemurah, setia dan banyak kesabaran

-          terlalu degil dan keras hati

-          apabila hendak diusahakannya sampai berjaya

-          tidak suka marah kecuali dikacau dan digugat

-          mudah ambil berat tentang orang lain

-          pandai muhasabah diri

-          cara berfikir lain daripada orang lain

-          otaknya sangat tajam

-          pandai mendorong diri sendiri

-          tidak hargai puji-pujian

-          kuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi

-          apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya

-          badan yang tough

-          kasih sayang dan disayangi sangat mendalam

-          romantik

-          yakin dengan hubungan kasih sayang

-          suka duduk di rumah

-          sangat rajin berkemampuan yang tinggi

-          amanah, jujur dan setia dan pandai berahsia

-          tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi

-          bercita-cita tinggi

 

 DISEMBER

 -          sangat setia dan pemurah

-          bersifat patriotik

-          sangat aktif dalam permainan dan pergaulan

-          sikap kurang sabar, kelam kabut dan tergesa-gesa

-          bercita-cita tinggi

-          suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi

-          sangat menarik dan seronok didampingi

-          suka bercampur dengan orang lain

-          suka dipuji

-          diberi perhatian dan dibelai

-          sangat jujur, amanah dan bertolak ansur

-          tidak pandai berpura-pura

-          ada kalanya cepat marah

-          perangai yang berubah-ubah

-          tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi

-          benci kepada kongkongan

-          pandai buat lawak dan memikir dengan logik

Rahsia Kelahiran Dalam Bulan Islam

Rahsia Kelahiran Dalam Bulan Islam

Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah anda dilahirkan, menurut pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai pengaruh yang tersendiri terhadap perilaku. Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan:

Muharram
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

Safar
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan
mendatangkan hasil.

Rabiul Awal
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.

Rabiul Akhir
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran
dalam mendidiknya.

Jamadil Awal
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.

Jamadil Akhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

Rejab
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walau bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.

Sya'aban
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan mudah mendapat rezeki.

Ramadhan
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.

Syawal
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

Zulkaedah
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.

Zulhijjah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan.

 

Kalau Dahi Tak Mencecah Sejadah

KALAU DAHI TAK MENCECAH SEJADAH



Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan

Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan

Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan

Tutuplah 'auratmu sebelum 'auratmu ditutupkan

Dengan kain kafan yang serba putih

Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih

Walaupun orang yang hadir itu merintih

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai

Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah

Dengan empat kali takbir dan satu salam

Berserta Fatihah, Selawat dan doa

Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus

Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?

Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud

Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?

Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian

Justeru kumenyeru sekelian Muslimin dan Muslimat

Usunglah dirimu ke tikar solat

Sebelum kamu diusung ke liang lahad

Menjadi makanan cacing dan makanan ulat

Iringilah dirimu ke masjid

Sebelum kamu diiringi ke Pusara

Tangisilah dosa-dosamu di dunia

Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan

Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan

Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan

Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan

Kerana ianya berguna untuk yang tinggal

Bukan yang pergi

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan

Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan

Ingatlah di mana saja kamu berada

Kamu tetap memijak bumi Tuhan

Dan dibumbungi dengan langit Tuhan

Serta menikmati rezeki Tuhan

Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya

Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya

Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti

Lalu menjadi segumpal darah

Lalu menjadi seketul daging

Lalu daging itu membaluti tulang

Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu

Yang kalau jatuh ke tanah

Ayam tak patok itik tak sudu

Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu

Yang lebih agung dari malaikat

Lahirmu bukan untuk dunia

Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat

Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'

Dengan penuh rela dan bersedia

Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'

Jalan kemenangan akhirat dan dunia

Ingatlah yang kekal ialah amal

Menjadi bekal sepanjang jalan

Menjadi teman di perjalanan

Guna kembali ke pangkuan Tuhan

Pada hari itu tiada berguna Harta, tahta dan putera

Isteri, kad kredit dan kereta

Kondominium, saham dan niaga

Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia.