Selamat Datang Ke Web Khazimi

Mengenai Saya

Mohd Khazimi dilahirkan di Kampung Permatang Rambai. Iaitu sebuah kampung terpencil yang letaknya lebih kurang sepuluh kilometer dari bandar Pasir Puteh atau 35 kilometer dari Ibu Negeri Kelantan iaitu Bandar Kota Bharu.Beliau dilahirkan pada 10 November 1979 bersamaan 19 Zulhijjah 1399 jam 11.00 pagi. Beliau adalah anak pertama dari empat adik beradik. Ibu bernama Mariah dan ayahnya yang bernama Ismail adalah seorang penoreh getah. Semasa dibangku sekolah Khazimi suka berpidato. Beliau memasuki alam persekolahan pada usia 7 tahun iaitu pada tahun 1986 di Sekolah Rendah Kebangsaan Panggong. Pada tahun 1991 beliau mendudki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Pada tahun 1992 beliau meneruskan pengajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Maharaja, Bukit Abal. Beliau menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada tahun 1994 dan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 1996.Semasa di sekolah menengah beliau aktif dalam Persatuan Bulan Sabit Merah, Pustakawan, Persatuan Bahasa dan Budaya, dan Olahraga. Mengenang kembali semasa zaman persekolahan dahulu beliau pernah bekerja sebagai penjual kuih di sekolahnya bagi mencari pendapatan tambahan untuk menampung perbelanjaan harian. Setelah tamat belajar di Universiti beliau bekerja sementara di Radio Televisyen Malaysia bagi membantu kerja-kerja penerbitan rancangan RTM. Beliau juga pernah bekerja di Bahagian Teknologi Pendidikan sebagai penulis skrip Rancangan TV Pendidikan. Kini beliau aktif dalam kegiatan kemasyarakatan seperti Sukarelawan Yayasan Salam, Berjalan Untuk Negara, Perayaan Bulan Kemerdekaan, Larian Rakyat 2006, Rakan Muda, Persatuan Anak-Anak Kelantan (Pakatan), dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Pernah bekerja di Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kini bekerja sebagai Penerbit Rancangan di Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Kini beliau banyak terlibat dalam program kemasyarakatan dan memegang jawatan sebagai Pengerusi Badan Pengurusan Bersama Apartmen dan Kedai Seksyen 7 Lestari Perdana, Antara jawatan yang pernah disandang sebelum ini ialah Naib Pengerusi Persatuan Penduduk Seksyen 7 Lestari Perdana, Ahli Jawatankuasa Penduduk Zon 19 Majlis Perbandaran Subang Jaya, Pengerusi  Penaja Rukun Tetangga

Biodata Diri

Nama : Mohd khazimi Ismail

Nama Glamour : Khazimi

Menetap di  Apartmen Lestari Perdana, Lestari Perdana, 43300 Bandar Putra Permai, Selangor Darul Ehsan.

Tarikh Lahir : 10 November 1979 / 19 Dzulhijjah 1399

Tempat Lahir : Kampung Permatang Rambai, Pasir Puteh, Kelantan

Kampung : Kelantan

Bil. Adik Beradik : 4 Orang Adik Beradik

Hobi : Membaca, Mendengar Radio, Melancong, Menulis Skrip, novel dan cerpen

Bintang : Scorpio

Makanan Kegemaran: Halal dan selamat untuk di makan

Pengalaman Kerja:             Operator Pengeluaran, Kilang Shin Etsu, Shah Alam, Pembantu Tadbir Sambilan, Lembaga Peperiksaan Malaysia, Penulis Skrip ( RTM dan TV Pendidikan), Penerbit Rancangan. Kini telah bekerja di bawah Kementerian pelajaran Malaysia dan semua kerja yang dinyatakan itu dijadikan pengalaman yang cukup bermakna dalam hidup

Kenangan Manis/Pahit :

Segala yang pahit semua ditelan dan disimpan untuk pedoman diri sendiri dalam mengharungi warna-warni kehidupan yang penuh rencah, rahsia dan makna tersendiri. Terima kasih tuhan kerana mengajarku erti sebenar sebuah kehidupan,

Personaliti Yang Menjadi Idola:

Sesiapa sahaja yang dirasakan layak untuk dicontohi dan disanjungi terutama sekali kedua ibu bapa dan mereka yang berjasa kepada agama, bangsa dan negara tercinta serta tidak lokek untuk menegur kesilapan dan kekhilafan diri.

Prinsip Hidup:

"Setiap kejayaan di dahului dengan usaha dan hujung setiap usaha Itu adalah kejayaan"