Selamat Datang Ke Web Khazimi

Blog

view:  full / summary

Pemaju lepas tangan, penduduk terabai

Posted by khazimi on January 3, 2010 at 2:50 AM Comments comments (5)

SERIKEMBANGAN – Penduduk yang sudah tidak tahu ke mana lagi membuatpengaduan kini terpaksa mengharungi kehidupan seharian dengan kemudahantidak begitu sempurna walaupun dijanjikan kediaman selesa oleh pemajuketika pembelian rumah dilakukan.

 

Naib Pengerusi Persatuan Penduduk Seksyen 7 Lestari Perdana, MohdKhazimi Ismail berkata, masalah yang paling besar dan harus dihadapipenduduk setiap hari adalah masalah jalan yang berlubang dan tidakrata.

 

Beliau berkata, dalam mesyuarat yang didakan bersama pihakpemaju, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan agensi berkenaan,perkara itu kerap kali dibangkitkan.

 

Katanya, jalan utama berkenaan yang turut digunakan penduduksekitar dibina tidak mematuhi spesifikasi, berlubang dan tidakdiselenggarakan dengan baik.

 

“Jalan yang kebanyakannya berlubang-lubang hanya ditampal apabila aduan diajukan kepada pihak berkenaan.

 

“Kerosakan jalan menimbulkan masalah keselamatan kepada pengguna dan penduduk di kawasan sekitar,” katanya kepada Sinar Harian.

 

Khazimi berkata, selain masalah jalan yang menyebabkankelewatan CF diberikan kepada pemilik rumah, masalah saluran tersumbatsehingga menyebabkan najis melimpah membuatkan pihaknya buntumemikirkan perkara itu.

 

Katanya, disebabkan saluran pembetung itu tersumbat, air najis melimpah keluar dan mengalir ke atas jalan.

 

“Setelah mengajukan perkara ini kepada pihak berkenaan, saya dimaklumkan bahawa peralatan di tiga loji pam telah dicuri.

 

“Malah saya difahamkan sekiranya pihak berkenaan tidak membaikpulih loji dengan anggaran kos sebanyak RM444,800 ia masih tidak dapatdiserahkan kepada Indah Water Konsortium (IWK) untuk penyelenggaraanselanjutnya,” katanya.

 

Beliau berkata, apa yang dikesalkan pemaju memberi jawapansyarikat mereka tidak mempunyai kewangan untuk menyelesaikan kemelutitu.

 

“Pihak berkenaan bermain tarik tali, masalahnya apabila merekabersikap lepas tangan, penduduk yang menanggung beban terhadap setiappermasalahan.

 

“Ke mana lagi kami boleh membuat pengaduan sedangkan banyakaduan sudah dibuat namun tiada maklum balas positif yang diambil kini,”katanya.

 

Beliau yang juga Pengerusi Badan Pengurusan Bersama (JMB)apartmen berkenaan berkata, pihaknya kini terpaksa mengambil inisiatifsendiri bagi mengelakkan air najis berkenaan melimpah semula ke rumahpenduduk.

 

“Memang ada penduduk yang mengadu air najis melimpah masuk kedalam tandas dan tidak turun ke saluran sepatutnya seolah-olahtersumbat.

 

“Selepas mengadakan pemeriksaan, memang didapati ada saluranyang tersumbat menyebabkan air najis tidak dapat disalurkan ke lojirawatan najis utama,” katanya.

 

Disebabkan itu, katanya, beliau terpaksa melakukan kerja-kerjamengorek bahagian tersumbat sendiri bagi mengelakkan penduduk terpaksaterus berhadapan masalah itu.

 

“Kita tiada pilihan lain kerana sikap tidak bertanggungjawab pemaju, masalah dihadapi terpaksa diselesaikan begini.

 

“Sampai bila penduduk harus menunggu sehingga pemaju bertindaksedangkan rumah berkenaan dihuni setiap hari. Dalam satu kenyataanbalas daripada MPSJ, saya difahamkan pihak Majlis itu sudah mengarahkansupaya pemaju membersihkan saluran pembetung dan seterusnya membuatpenyerahan kepada IWK,” katanya.

 

Beliau berkata, MPSJ juga berjanji untuk memantau perkaraberkenaan dan jika tiada tindakan diambil pemaju, Majlis turut berjanjimengambil tindakan seterusnya.

 

“Namun sehingga kini saluran pembetung masih belum diserahkankepada IWK dan masalah tersebut juga tidak diselesaikan,” katanya yangmemaklumkan sumber kewangan sedia ada dalam akaun JMB memang tidakmampu memperbaiki saluran secara keseluruhannya.

 

Sumber : Sinar Harian 30 Disember 2009 (Versi Selangor & KL)



Rss_feed